sedar x sedar rupanya aku sudah nak masuk universiti lahh.. wahhh aku memasuki fasa hidup yg baru lahh..hehe tapi perasaan aku hanya tuhan yg tahu.. perasaan yg bercampur seperti bloleh dibuat rojak.. yeeee aku berasa sgt teruja+gembira+sedih+rindu dan segalanya lahh..aku tidak berbohong tau..bercakap benar..aku skrang nie pon ade terasa cemas seperti hendak pengsan! duhhh hamik ko! aku cemas tahap kronik yg teramat..tiada penawar aku tahu
walau bagaimanapun, aku cuba untuk menghakis perasaan dan aura-aura negatif yang ada dalam tubuh badan aku nie..biarlah yg positif sahaja yg wujud! positif kan lebih baik :D aku ada beritahu beberapa orang kawan aku yg aku kurang keyakinan untuk belajar jurusan yang aku ambik nie.. ramai yg nasihati aku bahawa aku boleh.. aimi,lihatlah ramai yg percaya dgn kebolehan anda..adoiii aku sebenarnya memang xyakin utk bawak jurusan tapi ada hati plak lah nak wat fast track tuh.. kelakar sungguh...hem takpe2 tuh sebagai semangat lah! yeee aku akan buktikan kata2 anda_______________lima saat selepas itu, eh aku xleh nak buktikan kata2 anda.. aku rasa memang aku tidak boleh.. erghhh psikologi aku sangat celaru..aku nak pegi mngadu kat kaunselor pon xde gunanya..
tapi aku yakin aku ada semangat utk berjaya sebab aku lihat kakak dan adik aku berjaya dalam bidang mereka..yeah aku sgt bangga dgn mereka.. mereka HEBAT~!! aku?? aku hanyalah manusia biasa... aku memang xfaham bila ade org cakap aku nie pandai?? hem mereka jujur kah? ato mereka perli aku?? kedua-dua kemungkinan tuh memang berlaku.. xpe lahh setiap orang ada kelebihan masing2..
hem insya-ALLAH jumaat nh aku akan berhijrah ke pulau pinang utk menyambung pelajaran.. masa zaman sekolah dulu selalu wat karangan mesti ada peribahasa "sehingga ke menara gading" itu da biasa aku lakukan.. yeee kali ini aku akan teruskan perjuangan utk ke menara gading dalam jurusan yang aku pilih sendiri... tiada siapa yg berani membantah.. itu minat aku..
aku mesti akan rindu aktiviti yg aku lakukan selama 6 bulan mengangkang, terbungkang di rumah aku erghhh
- tiada lagi tv nh...utk tgk cerita gossip girl dan desperate housewives.
- tiada lagi broadband sbb aku xnk bwak pon
- tiada lagi nk on9 selalu nh..
- tiada lagi nak bagi kucing2 aku makan
- tiada lagi nak jaga kucing2 aku
- tiada lagi nak peluk my silver (anak kucing aku ah)
- tiada lagi nak baring dan tido terbungkang atas katil aku yg empuk
- tiada lagi lah nak kemas2 uma nie
- tiada lagi ah nak tgk gelagat keluarga aku (oh sudda homesick!)
- tiada lagi nak lepak2 kat pavilion klu buhsan
- tiada lagi nak lepak2 dgn kwan2 baik,najla,liza dan syaira
- tiada lagi ah nak merasa masakan mama tiap2 hari (rindu!)
da cukup2 sebenarnya byk lagi..tapi aku xnk cakap kat sini..nnt lagi bertambah homesick aku..pelik bukan? aku blom lagi pegi tapi da hoemsick sgt2.. aku tahu aku perlu hidup berdikari tapi berjauhan dari keluarga?? alamak aku tidak boleh..x biasa lahh.. mesti nak jumpa dan tgk muka bonda,ayahanda,arina dan danny... rindu lahh mesti riuh suasana riuh rumah aku tuh..
tapi tapi tapi tapi..
aku kena kuat semangat..nie amanah taw..amanah dari keluarga aku utk aku belajar bersungguh sungguh..jaga kelakuan..ubah sikap yg negatif tuh..belajar cara hidup yg betul..belajar rasa susah.. ye..aku akan cuba..tapi aku perlukan kawan! KAWAN! sekarang nh bg aku kawan lah orang yg rapat..aku akn cuba berbaik-baik dgn semua orang.. doakan aku berjaya.. :D
aku tetap juga teruja utk ke pulau pinang sebenarnya..oh yeee aku jugak dapat senarai subjek2 yg aku akan belajar.. 7 subjek utk semester pertama.. byk kan??? okayy xpe.. aimi leh lakukan..aku kena yakin..aku hanya perlu fokus dan tidak main2 lagi seperti sebelum nie :D tidak mahu menyesal kemudian hari lahh

subjek-subjek aku utk diploma :D

No comments:
Post a Comment