Saturday, June 5, 2010

balik kampung :)

hello kawan-kawan :P


rumah kampung yg mirip2 rumah kampung kuh..waaa sudah rindu!

hem aku sengaja post blog pasal balik ke kampung.. huhu.. aku sebenarnya teruja untuk balik kampung kali ini.. yela cuti sekolah kan sudah bermula *aku tahu aku bukan budak sekolah lagi dah diam!* oleh itu, ibu bapa aku telah merancang untuk pulang ke kampung pagi nanti 5 jun 2010 sehingga hari selasa 8 jun 2010.. kampung aku di perak :) perjalanan untuk smpai ke kampung mengambil masa selama 3 jam lah.. tak lama mana pun lah.. hehe..

hem kalau kalian nak tahu lah kan... kali terakhir aku balik kampung di perak ini pun ketika hari raya tahun lepas.. lama kan? hampir 1 tahun... mak long aku yg berada di kampung itu pun sudah merindui aku juga.. yela setiap kali ajak balik kampung mesti aku cakap aku sibuk.. kali ini aku tak nak lah hampakan beliau lagi.. sudahlah aku ingin sambung belajar nanti kat pulau pinang.. takut je tak ada masa untuk balik kampung lagi.. lagipun emak aku cakap mak long sakit kampung.. aku mestilah risau.. sebab tuh aku nak balik kampung kali ini..

hem aku suka suasana kampung aku.. sunyi n nyaman je.. seronok lah jugak.. tapi :( kalau keluarga aku balik kampung mesti saudara2 yg lain xbalik.. sunyi lahhh sikit an? yela saudara2 aku pun area KL jugak.. boleh jumpa mereka bila2 masa shj..tapi tidak mengapa.. aku masih boleh berehat dan ambil angin baru di kampung setelah berbulan2 aku terperap di kota metropolitan ini.. sungguh banyak pencemarannya.. huhu..

ouh ye.. keluarga aku balik kampung pun sebab ada kenduri kahwin di teluk intan.. itu keluarga angkat emak aku mungkin.. sebab itu beliau begitu teruja.. huhu..

okaylah... di sebabkan aku lama di kampung tuh..yela selama 4 hari di kampung taw.. jadi aku tidak akan membuka talian *online lah maknanya tuh kerana aku tidak akan membawa komputer riba dan broadband ke kampung.. sengaja untuk menenangkan diri tanpa membuka talian.. takut pula mak long aku kecil hati jika aku asyik membuka talian sahaja di kampung.. aku nak meluangkan banyak masa dgn mak long aku setelah beberapa bulan tidak berjumpa dan tidur bersama beliau hehe.. maaf lah aku memang manja dan begini.. tak suka sudah! huhu..

aku berdoa moga2 keluarga aku selamat sampai ke kampung dan selamat tba di kuala lumpur nanti.. doa2 kan lah ye kawan2.. okk sampai di sini sahaja coretan aku... jumpa lagi di post yg seterusnya... semoga mempunyai hari2 yg indah :) dan SELAMAT BERCUTI!

No comments:

Post a Comment